Sunday 12 May 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan 4 : Kursus Program Pembangunan Prestasi Sekolah

11 Mei 2013, Sabtu


Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Munshi Sulaiman telah menjalankan satu taklimat dan bengkel berkenaan dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang melibatkan kesemua pentadbir, guru dan kakitangan sokongan sekolah. Program ini telah dilaksanakan di Bilik Seminar SMK Munshi Sulaiman. Ceramah dan penerangan berkenaan dengan program ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Mohd Bahri Bin Yahya.

Cikgu Noorrana terlibat dalam jawatankuasa
pendaftaran peserta

Bacaan doa oleh Ustaz Azman ( kanan ) manakala
Tuan Haji Rashid ( kiri ) sebagai pengerusi majlis.

Tuan Haji Mohd Bahri sedang memberikan ceramah

Tekun mendengar ceramah

Selepas sahaja program ceramah, guru-guru telah diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan perbengkelan mengikut bidang kemahiran masing-masing. Tiga orang guru PPKI juga turut terlibat aktif dalam kumpulan pembengkelan ini dengan Cikgu Rosiah Bt Ya'kob dan Cikgu Hafez telibat dengan kumpulan yang menguruskan hal ehwal Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal. Manakala Cikgu Noorrana Bt A.Samat pula terlibat dalm kumpulan Pengurusan Perhubungan Luar.

Aktiviti perbengkelan



Sesi pembentangan analisis SWOT dan TOWS benar-benar menyeronokkan dengan setiap kumpulan berusaha untuk memberikan penerangan yang sebaiknya kepada pendengar. Input yang diberikan sekurang-kurangnya dapat memberikan motivasi tambahan kepada para pendidik SMK Munshi Sulaiman dalam peningkatkan lagi prestasi sekolah.

Sesi pembentangan kumpulan



Ucapan penutup oleh Puan Pengetua SMK Munshi Sulaiman,
Puan Hajah Faridah Binti Kalam.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kumpulan rakan guru DG48 yang sudi menaja makanan dan minuman tengah hari sewaktu program LDP ini berlangsung. Semoga Allah SWT membalas budi baik rakan guru semua. Semoga apa yang diperjelas dan dicadangkan di dalam program ini dapat direalisasikan oleh kesemua warga SMK Munshi Sulaiman, InsyaAllah.

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI DAN BERBAKTI

No comments:

Post a Comment