Sunday 26 May 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2012 SMK Munshi Sulaiman

18 Mei ( Sabtu ) 

Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 18 Mei 2013 bersamaan dengan hari Sabtu. Majlis ini telah diadakan di Dataran Exora SMK Munshi Sulaiman dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) SMK Munshi Sulaiman iaitu Encik Teo Yew Chuan.

Ketibaan Pengerusi PIBG SMK Munshi Sulaiman, 
Encik Teo Yew Chuan ( dua dari kiri ).

Ucapan alu-aluan oleh Puan Pengetua SMK Munshi Sulaiman
Puan Hajah Faridah Bt Kalam

Ucapan perasmian majlis oleh Encik Teo Yew Chuan

Persembahan choral speaking oleh pelajar 

Warga PPKI juga turut terlibat di dalam majlis ini. Beberapa orang bekas pelajar PPKI yang telah meninggalkan bangku persekolahan turut diundang bagi menerima hadiah masing-masing selain dari pelajar PPKI sedia ada. Ia secara tidak langsung menjadi satu penghargaan daripada pihak sekolah kepada kerja keras mereka selama ini.

Bekas pelajar PPKI, Kee Khai King menerima
anugerah kecemerlangan

Muhammad Shafiq Bin Ismail menerima
anugerah kecemerlangan ko-kurikulum PPKI.

Muhammad Azfar Zuhair Bin Shuib

Mohd Azuan Bin Bibit

Aksi dari Muhammad Bin Syeikh Hassan 

Koh Shan Ying

Mohd Amirul Ar-Bukhori

Chan Ke Xin

Bekas pelajar PPKI, Pandi Raj menerima anugerah
kecemerlangan

Penerima anugerah kecemerlangan PMR 2012
PPKI, Muhammad Shahmi yang kini menuntut
di SMPK  ( V )Kuantan Pahang.

Sesuatu yang menarik ialah keterlibatan para ibu bapa pelajar PPKI yang turut sama memeriahkan majlis ini.  Sememangnya hubungan antara guru, murid dan ibu bapa di PPKI ini terjalin dengan erat sejak dari dahulu lagi. Hal ini secara tidak langsung menjadi penanda aras kepada keterlibatan ibu bapa di dalam setiap program yang disertai oleh warga PPKI. 

Cikgu Noorrana dan Cikgu Rosiah berbual mesra dengan
ibu kepada Muhammad

Keluarga Muhammad Shahmi yang
turut hadir 

Sebahagian dari warga PPKI yang menerima anugerah
bergambar kenangan selepas majlis.

Pihak PPKI SMK Munshi Sulaiman mengucapkan tahniah kepada seluruh menerima anugerah pada majlis ini dan berharap agar anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat untuk kejayaan yang akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK Munshi Sulaiman yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI & BERBAKTI

Thursday 16 May 2013

Sambutan Hari Guru SMK Munshi Sulaiman

16 Mei 2013, Khamis



Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan hari guru di SMK Munshi Sulaiman tetap disambut dengan meriah. Bertemakan Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda, sambutan pada tahun ini benar-benar memberikan pengertian yang mendalam bagi warga guru khasnya di SMK Munshi Sulaiman. 

Ucapan dari Ketua Pengawas

Ucapan dari Puan Pengetua, Puan Hajah Faridah
Bt Kalam

Walaupun hujan gerimis turun dari pagi sehingga ke penamat majlis sambutan, namun ia bagaikan tidak menghalang bagi warga sekolah untuk sama-sama memeriahkan sambutan pada tahun ini. Uniknya, buat pertama kalinya baju batik rasmi sekolah yang diilhamkan oleh Puan Pengetua telah digunakan oleh warga guru dan staff sekolah sekaligus memberikan tona setiakawan yang erat di SMK Munshi Sulaiman.

Sebahagian dari pelajar PPKI
yang turut sama memeriahkan sambutan

Cikgu Kamisan dan Cikgu Abdul Rashid
berbaju batik rasmi sekolah


Nyanyian lagu Guru Malaysia dan Biarku Menjadi Lilin
oleh warga guru SMKMS


Begitu juga di PPKI, sambutan hanya dijalankan secara sederhana namun tetap memberikan sejuta satu kenangan manis bagi warganya. Satu jamuan kecil-kecilan juga telah diatur bagi meraikan sambutan hari guru ini. Alhamdulillah walaupun kecil, rezeki yang dikongsi bersama tetap memberikan kegembiraan yang indah.

Jamuan kecil-kecilan warga PPKI

Memotong kek

Pelajar-pelajar PPKI juga telah bersama-sama menyiapkan cenderahati khusus untuk diserahkan kepada Puan Pengetua iaitu Puan Hajah Faridah Bt Kalam. Mohd Azuan bin Bibit dan Mohd Amirul Al-Bukhori telah ditugaskan untuk menyerahkan cenderamata ini kepada Puan Pengetua.

Menyerahkan cenderahati sambutan hari guru
dari warga PPKI kepada Puan Pengetua

Terima kasih kepada para anak istimewa yang sudi memberikan hadiah kepada guru-guru PPKI. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mengenal hati dan budi kalian yang suci. Di kesempatan ini juga warga PPKI SMK Munshi Sulaiman ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh insan yang bergelar guru di dunia ini. Guru kaulah penyuluh malam gelita kami.

Cikgu Ku Yang Ku Jumpa Kelmarin


Cikgu ku yang kujumpa kelmarin

Sudah tua benar
Jalannya perlahan
Matanya sayup
Namun tangannya terus erat menggengam salam
Dan lidahnya yang fasih itu
Masih seperti masa mudanya ….

Cikgu ku yang ku jumpa kelmarin

Adalah satu dunia  yang gagah
Ilmunya membentang luas
Ia memberikan padang ragut pengalaman
Untuk kami cuba
Setiap bakat dan kelakuan kami
Tanpa ia minta sebarang ganjaran ….

Cikgu ku yang ku jumpa kelmarin

Nasihatnya ialah akar tunjang
Marahnya ialah gunung berapi
Senyumnya ialah penawar
Ketawanya seperti salji
Penyejuk hati – hati kami
kala gundah berperang hati
Di medan sayembara…

Cikgu ku yang ku jumpa kelmarin

Kadang kala kami jadi kurang ajar
Bahasa kami menjadi sialan
Sikap kami menjadi binatang
Namun ia tetap sabar
Walau kadang ada air jernih menitis
Disimpannya dengan tenang
Setiap luka hatinya terguris ….

Cikgu ku yang ku jumpa kelmarin

Doanya tidak lekang untuk kami
Harapannya menggunung
Jika gagal yang mendatang
Senyumnya tetap meleret di pipi
Jika jaya yang bertandang
Ketawanya semakin lantang
Cikgu ku tidak ambil hati
Cikgu ku tak pernah sesal

Pada lewat kedewasan ini
Aku mengenang setiap bahasamu cikgu
Dalam sepi yang meracun jiwa
Aku tahu
Aku berhutang sejuta satu nikmat
Yang diberi tuhan
Dalam ilmu mu cikgu ….

Kenanglah cikgu mu selalu
Dimana-mana dirimu berada
Ingatlah …..
Ketika jahil menguasai
Ketika hingusmu masih mengalir
Ketika tubuh sebesar pehamu
Ketika otakmu kosong dan lihai
Ingatlah …..
Ada insan yang membeli setiap bodohmu
Tanpa ia segan dan silu
Mengajarmu erti hidup
Hingga engkau kenal
Dunia dan neraka…

Dan itulah cikgu mu
Dalam sepi hujung usianya
Tidak pernah ia mengharap ganjaran
Hanya tegur sapa dari anak murid
Membeli semula setiap rentak
Ilmunya yang halal…

Cikgu ku yang ku jumpa kelmarin

Dengan hati yang basah
Aku katakan
‘’engkau penyuluh jalan gelap kami’’
Selamat Hari Guru Cikgu ku
Walau di mana tugasanmu
Engkau cikgu ku
Selautan ilmu yang mencurah !!!!


Hafez j.malim 2011
Teratak Tayar
Kapit Sarawak

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI DAN BERBAKTI

Sunday 12 May 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan 4 : Kursus Program Pembangunan Prestasi Sekolah

11 Mei 2013, Sabtu


Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Munshi Sulaiman telah menjalankan satu taklimat dan bengkel berkenaan dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang melibatkan kesemua pentadbir, guru dan kakitangan sokongan sekolah. Program ini telah dilaksanakan di Bilik Seminar SMK Munshi Sulaiman. Ceramah dan penerangan berkenaan dengan program ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Mohd Bahri Bin Yahya.

Cikgu Noorrana terlibat dalam jawatankuasa
pendaftaran peserta

Bacaan doa oleh Ustaz Azman ( kanan ) manakala
Tuan Haji Rashid ( kiri ) sebagai pengerusi majlis.

Tuan Haji Mohd Bahri sedang memberikan ceramah

Tekun mendengar ceramah

Selepas sahaja program ceramah, guru-guru telah diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan perbengkelan mengikut bidang kemahiran masing-masing. Tiga orang guru PPKI juga turut terlibat aktif dalam kumpulan pembengkelan ini dengan Cikgu Rosiah Bt Ya'kob dan Cikgu Hafez telibat dengan kumpulan yang menguruskan hal ehwal Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal. Manakala Cikgu Noorrana Bt A.Samat pula terlibat dalm kumpulan Pengurusan Perhubungan Luar.

Aktiviti perbengkelan



Sesi pembentangan analisis SWOT dan TOWS benar-benar menyeronokkan dengan setiap kumpulan berusaha untuk memberikan penerangan yang sebaiknya kepada pendengar. Input yang diberikan sekurang-kurangnya dapat memberikan motivasi tambahan kepada para pendidik SMK Munshi Sulaiman dalam peningkatkan lagi prestasi sekolah.

Sesi pembentangan kumpulan



Ucapan penutup oleh Puan Pengetua SMK Munshi Sulaiman,
Puan Hajah Faridah Binti Kalam.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kumpulan rakan guru DG48 yang sudi menaja makanan dan minuman tengah hari sewaktu program LDP ini berlangsung. Semoga Allah SWT membalas budi baik rakan guru semua. Semoga apa yang diperjelas dan dicadangkan di dalam program ini dapat direalisasikan oleh kesemua warga SMK Munshi Sulaiman, InsyaAllah.

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI DAN BERBAKTI

Thursday 9 May 2013

Jualan Makanan Untuk Pelajar SMK Munshi Sulaiman

8 Mei 2013, Rabu


PPKI SMK Munshi Sulaiman mengorak langkah berani apabila telah berjaya menjalankan aktiviti jualan makanan. Jualan makanan yang bermula dari jam 1 sehingga 1.30 petang itu berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar di aliran perdana.

Gotong royong penyediaan bahan masakan



Azfar sedang menggoreng popia

Menu yang disediakan ialah mee goreng, cucur tepung, popia goreng dan air kotak. Kesemua menu ini disedikan secara bergotong - royong oleh guru-guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid dan murid PPKI. Alhamdulillah, respon yang diberikan oleh pelajar dan rakan-rakan guru terhadap menu yang disediakan adalah amat baik.

Serbuan dari para pelajar

Puan Hajah Faridah Bt Kalam
 ( Pengetua SMKMS - dua dari kanan )
meninjau aktiviti jualan 

Objektif utama aktiviti jualan ini adalah :
  • Memberi peluang kepada warga pendidikan khas untuk merasai keseronokan alam perniagaan
  • Menambahkan lagi dana dan tabungan PPKI
  • Membantu para pelajar di aliran perdana mendapatkan makanan tengah hari pada harga yang berpatutan
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Pengetua SMK Munshi Sulaiman, Puan Hajah Faridah Bt Kalam yang telah memberikan kebenaran bagi pihak PPKI melaksanakan aktiviti jualan makanan ini bagi setiap hari Rabu setiap minggu.

Tidak lupa juga kepada pelajar dan guru SMK Munshi Sulaiman yang telah memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap program jualan makanan ini. InsyaAllah ia akan terus dilaksanakan sekiranya terus mendapat maklum balas yang positif.

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI & BERBAKTI