Monday 29 July 2013

Terima Kasih Cikgu Siti Hazrinawati

Setelah hampir empat tahun menaburkan bakti, akhirnya Cikgu Hazrinawati mengucapkan selamat tinggal kepada warga PPKI SMK Munshi Sulaiman setelah permohonan pertukarannya ke negeri Selangor telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Banyak kenangan manis, suka dan duka yang tercoret di diari kehidupan warga PPKI ketika bersama dengan Cikgu Hazrinawati atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ina. Kebanyakan murid begitu mudah mesra dengan kelibat beliau yang sememangnya bersifat keibuan.

Tugasa terakhir Cikgu Hazrinawati ketika Program
Semarak Islam Peringkat Daerah Batu Pahat di SK Sri Medan

Berasal dari Kota Tinggi, lulusan ijazah sarjana muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak dari Universiti Malaya ini mula bertugas di SMK Munshi Sulaiman pada awal tahun 2010. Kehadiran beliau membantu mengurangkan beban tugas guru PPKI yang sememangnya belum mencukupi kouta pada ketika itu. 

Gambar kenang-kenangan bersama guru 
dan PPM PPKI SMK Munshi Sulaiman


Beliau sudah berkahwin dengan Encik Saiful Bin Mohd Ihsan dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Tarikh 6 Julai 2013 bersamaan dengan hari Sabtu merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di SMK Munshi Sulaiman. Pihak sekolah dan PPKI telah menganjurkan acara sambutan ringkas bagi menghargai sumbangan Cikgu Hazrinawati sepanjang beliau berada di sekolah ini.

Penyampaian cenderahati kenangan dari Cik Rosiah Ya'kob

Ucapan terakhir Cikgu Hazrinawati

Adik Mohd Amirul Ar-Bukhori mewakili rakan-rakan
pelajar PPKI menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Hazrinawati.

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Munshi Sulaiman,
Tuan Haji Mohd Bahri menyampai cenderahati dari
pihak sekolah

Cikgu Hazrinawati kini bertugas di PPKI SMK Setia Alam, Shah Alam. Segala jasa dan bakti yang telah diberikan oleh Cikgu Hazrinawati akan sentiasa dikenang oleh warga PPKI sekeliannya. Semoga Cikgu Hazrinawati terus sukses di tempat baru ...insyaAllah.

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI DAN BERBAKTI




Wednesday 10 July 2013

Kejohanan Petanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor Darul Takzim 2013

Tarikh     : 21 - 22 Mei 2013
Hari        : Selasa dan Rabu
Tempat   : SMK Semenchu, Kota Tinggi Johor Darul Takzim


PPKI SMK Munshi Sulaiman mencatatkan sejarah baru apabila seorang pelajarnya telah dipilih mewakili daerah Batu Pahat ke kejohanan petanque peringkat negeri Johor yang telah diadakan di SMK Semenchu, Kota Tinggi. 

Chan Ke Xin selaku juara petanque daerah Batu Pahat  bagi kategori Down Sindrome  ( Perempuan ) telah dipilih bagi membawa nama daerah Batu Pahat bersama beberapa peserta dari PPKI sekolah-sekolah yang lain. Salah seorang guru PPKI SMK Munshi Sulaiman iaitu cikgu Siti Norhazrinawati  Othman juga telah turut dilantik sebagai guru pengiring.

Dua minggu sebelum kejohanan berlangsung, Chan Ke Xin telah melalui sesi latihan intensif yang dijalankan di Gelanggang Petanque MPBP. Latihan intensif ini dijalankan dan kejetuai oleh Cikgu Izzudin ( SMK Permata Jaya ) dan Cikgu Faiz ( SMK Dato' Onn ).

Perlawanan simulasi semasa latihan intensif

Chan Ke Xin bersama cikgu Hafez sewaktu
latihan intensif

Dua peserta kategori Down Sindrom yang mewakili
daerah Batu Pahat ke kejohanan petaque pendidikan khas
peringkat negeri Johor.

Chan Ke Xin telah menunjukkan mutu permainan yang agak baik semasa kejohanan berlangsung. Namun ia terpaksa akur dengan kelebihan dan pengalaman yang dimiliki oleh peserta-peserta dari daerah lain. Ini merupakan kali pertama beliau bersaing di peringkat negeri. InsyaAllah pada tahun hadapan pasti Chan Ke Xin mampu untuk memberi saingan dalam kategorinya.

Aksi Chan Ke Xin sepanjang kejohanan


Serius !

Chan Ke Xin sebak apabila gagal
membawa cabaran 

Walaupun tidak mendapat sebarang tempat dalam kejohanan ini namun impaknya terhadap perkembangan PPKI SMK Munshi Sulaiman amat ketara. Ia menambahkan lagi azam dan semangat warga PPKI untuk terus berusaha meningkatkan lagi pencapaian dalam apa jua kejohanan atau pertandingan yang akan disertai nanti.

Kotinjen petanque daerah Batu Pahat bergambar kenangan



PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI DAN BERBAKTI