Monday 29 July 2013

Terima Kasih Cikgu Siti Hazrinawati

Setelah hampir empat tahun menaburkan bakti, akhirnya Cikgu Hazrinawati mengucapkan selamat tinggal kepada warga PPKI SMK Munshi Sulaiman setelah permohonan pertukarannya ke negeri Selangor telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Banyak kenangan manis, suka dan duka yang tercoret di diari kehidupan warga PPKI ketika bersama dengan Cikgu Hazrinawati atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ina. Kebanyakan murid begitu mudah mesra dengan kelibat beliau yang sememangnya bersifat keibuan.

Tugasa terakhir Cikgu Hazrinawati ketika Program
Semarak Islam Peringkat Daerah Batu Pahat di SK Sri Medan

Berasal dari Kota Tinggi, lulusan ijazah sarjana muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak dari Universiti Malaya ini mula bertugas di SMK Munshi Sulaiman pada awal tahun 2010. Kehadiran beliau membantu mengurangkan beban tugas guru PPKI yang sememangnya belum mencukupi kouta pada ketika itu. 

Gambar kenang-kenangan bersama guru 
dan PPM PPKI SMK Munshi Sulaiman


Beliau sudah berkahwin dengan Encik Saiful Bin Mohd Ihsan dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Tarikh 6 Julai 2013 bersamaan dengan hari Sabtu merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di SMK Munshi Sulaiman. Pihak sekolah dan PPKI telah menganjurkan acara sambutan ringkas bagi menghargai sumbangan Cikgu Hazrinawati sepanjang beliau berada di sekolah ini.

Penyampaian cenderahati kenangan dari Cik Rosiah Ya'kob

Ucapan terakhir Cikgu Hazrinawati

Adik Mohd Amirul Ar-Bukhori mewakili rakan-rakan
pelajar PPKI menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Hazrinawati.

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Munshi Sulaiman,
Tuan Haji Mohd Bahri menyampai cenderahati dari
pihak sekolah

Cikgu Hazrinawati kini bertugas di PPKI SMK Setia Alam, Shah Alam. Segala jasa dan bakti yang telah diberikan oleh Cikgu Hazrinawati akan sentiasa dikenang oleh warga PPKI sekeliannya. Semoga Cikgu Hazrinawati terus sukses di tempat baru ...insyaAllah.

PPKI SMK MUNSHI SULAIMAN
BERDIKARI DAN BERBAKTI




No comments:

Post a Comment